Sunday, January 16, 2011

faizal tahir gemuruh

RAKYAT MALAYSIA TIDAK JAGA PEMAKANAN

Analisis Oleh Jeswan Kaur

Rakyat Malaysia makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan mereka. Dan akibatnya ialah kini masalah obesiti menular di kalangan masyarakat Malaysia, dengan berat badan 37 peratus daripada penduduknya melampaui had sihat.

Perkembangan tidak sihat ini pastinya membimbangkan. Lebih membingungkan ialah mengapa rakyat Malaysia sanggup memudaratkan kesihatan mereka dengan makan sesuka hati.

Satu daripada faktor yang boleh mendorong kepada keadaan ini ialah sikap rakyat Malaysia yang gemar makan pelbagai makanan dan malas bersenam. Secara ringkas, boleh dikatakan orang ramai beranggapan kesihatan dan mortaliti mereka terjamin.

Dari masa ke masa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan statistik obesiti untuk mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada amalan pemakanan tidak sihat. Tetapi adakah nasihat ini diendahkan oleh sesiapa memandangkan sejak tujuh tahun lepas masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat daripada 20 peratus kepada 39 peratus?

Lagipun, adakah hakikat obesiti di kalangan dewasa yang meningkat tiga kali ganda sejak sedekad lepas dan hanya 14 peratus daripada rakyat Malaysia bersenam membimbangkan rakyat Malaysia?

Untuk memburukkan lagi keadaan, kedai-kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia lupa yang mereka perlu mengamalkan pemakanan baik untuk kekal sihat. Amalan makanan harian iaitu teh tarik dan roti canai bagi sarapan pagi pastinya memudaratkan tubuh. Ramai yang mendambakan makanan atau kuih goreng yang boleh menyumbangkan kepada strok.

Menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan mungkin satu daripada cara membawa tukaran matawang asing tetapi ia juga menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih banyak wang untuk mensubsidi rawatan bagi penyakit rakyat yang berkaitan dengan gaya hidup.



KEBIMBANGAN YANG MUNGKIN SUKAR DIATASI

Kadar obesiti yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia membimbangkan Dr Chua sehinggakan beliau meminta pengeluar minuman berkarbonat supaya mengurangkan kandungan gula dalam minuman mereka daripada 15gm kepada 5gm setiap botol. Tetapi pengeluar-pengeluar hanya bersetuju mengurangkannya kepada 9.5gm.

Dr Chua berkata pengeluar-pengeluar minuman keberatan untuk mengurangkan kandungan gula memandangkan rakyat Malaysia menggemari makanan manis. Para pengeluar bimbang jika kandungan gula dikurangkan dengan ketara, rakyat Malaysia mungkin menolak minuman berkarbonat. Kebimbangan mereka itu mungkin ada kebenarannya memandangkan 1,000 tin minuman berkarbonat diminum setiap minit di Malaysia!

Bagaimanapun, Dr Chua juga tidak mahu berganjak daripada pendiriannya. Beliau mahu satu label `Pilihan Makanan dan Minuman Lebih Sihat' (Healthier Choice Food and Drinks) diperkenalkan dan sekiranya para pengeluar minuman itu tetap tidak mahu mengendahkan permintaan Kementerian itu, Dr Chua tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan minuman daripada senarai makanan yang dianggap sebagai pilihan lebih sihat.

Beban mendidik rakyat Malaysia akan pentingnya pemakanan sihat ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Tahun lepas Kabinet meluluskan RM37 juta untuk membantu pertubuhan-pertubuhan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kadar obesiti yang mencemaskan menimbulkan persoalan sama ada wang pembayar cukai digunakan sebaik-baiknya.

Bagi Dr Chua, beliau akan terus berusaha gigih dalam meningkatkan kesedaran yang cara pemakanan tidak sihat hanya mengundang penyakit seperti diabetes dan strok. Awal tahun ini Kementerian Kesihatan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk meneliti kandungan makanan dan minuman di Malaysia dengan tujuan mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak.

RAKYAT M'SIA TIDAK SERIUS DENGAN KESIHATAN

Adalah baik rakyat mangambil iktibar yang diabetes, strok, darah tinggi dan kanser adalah penyakit kemewahan, lazimnya produk gaya hidup tidak sihat. Jika orang ramai lebih berwaspada dalam apa yang masuk dalam mulut mereka, peluang adalah cerah bagi statistik berkaitan penyakit-penyakit ini berkurang.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini menunjukkan antara RM150 juta dan RM200 juta dibelanjakan untuk perubatan bagi diabetes, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Dr Chua berkata 80 peratus daripada penyakit koronari di usia muda disebabkan oleh pemakanan tidak sihat, kurang senaman dan merokok. Beliau menambahkata penyakit koronari merupakan pembunuh nombor satu di negara. Pada 2005, sejumlah 3,038 orang terbunuh kerana sakit jantung sementara 39,770 orang dimasukkan ke hospital kerana penyakit itu.

Antara faktor yang boleh membawa kepada penyakit jantung termasuk kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, merokok dan pemakanan tidak sihat.

Dr Chua berkata sementara Kementerian Kesihatan menganjurkan beberapa kempen berterusan untuk mendidik orang ramai mengenai amalan hidup sihat, mereka sendiri mesti lebih bertanggungjawab dan mengubah gaya hidup mereka.

"Mereka juga perlu bersikap lebih kritikal apabila memilih makanan dan mesti memilih makanan yang membawa manfaat kepada kesihatan," beliau tekankan.

Dr Chua berkata gaya hidup tidak sihat rakyat menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung belanja RM900 juta dalam membekalkan ubat-ubatan ke hospital.

PENYAKIT MEWAH AKAN TERUS KEKAL

Aneh sekali, walaupun dengan semua data yang tidak memihak kepada mereka, kesannya terhadap rakyat Malaysia masih tidak memuaskan. Makanan masih menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menikmati teh tarik atau nasi lemak terbaik yang boleh didapati. Walaupun ini tidak bermakna ia amalan kurang baik, apa yang perlu diingati ialah kesederhanaan merupakan elemen penting bagi memastikan tubuh yang sihat.

Menjaga kesihatan individu bukan tanggungjawab kerajaan, ia semata-mata tanggungjawab. Begitu juga, menjauhi penyakit merupakan tanggungjawab individu. Rakyat Malaysia tidak boleh menolak tanggungjawab dalam hal-hal kesihatan. Untuk kekal sihat atau tidak adalah pilihan individu.








Monday, December 13, 2010

INFO KESIHATAN

RAKYAT MALAYSIA TERANCAM !!!


OBESITI

2 DARIPADA SETIAP 5 ORANG DEWASA MEMPUNYAI BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU OBES *

Obesiti dikaitkan dengan penyakit kronik yang mengancam nyawa seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.
                                  

                                                            







CEGAH SEBELUM TERLAMBAT !
7 CARA UNTUK MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL

1.Ketahui indeks jisim tubuh (BMI) anda
2.Makan ikut keperluan
3.Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama
4.Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
5.Tingkatkan tahap fizikal anda- Amalkan 10,000 langkah setiap hari
6.Percaya anda boleh lakukan
7.Dapatkan sokongan daripada COACH anda

Wednesday, November 24, 2010

TESTIMONI



Mohammad Raouf,44 tahun,KL
Kencing manis:suntik insulin lebih 17 tahun;cepat letih dan sakit badan sepanjang hari.Kini suntik insulin sudah kurang,ceria,bertenaga dan rasa seperti orang baru.


Dr Idros Abd Hamid,50 tahun,KL
Kronik resdung&kolonitis,pembedahan setiap 5 tahun;20 tahun bergantung pada ubat&antibiotik. Kini sihat dan bertenaga tanpa ubat."Umur 50 tahun rasa seperti 25 tahun!"


Wan Norazah,33 tahun, Rawang
Migrain 10 tahun, Asma kronik dan ketumbuhan fibroid.Kini tidak sakit kepala lagi,fibroid mengecut dan kesihatan bertambah baik. Badan saya juga semakin langsing.


Murniza,24 tahun, KL
Derita buasir kronik selama 5 tahun. Kini bebas dari sakit dan tekanan. Tidak perlu bergantung pada ubat lagi.


Alya Sofea, 3 tahun, Rawang
Alahan dan kulit sensitif. Kini kulitnya cantik, kuat daya tahan dan tiada alahan lagi.

Tuesday, November 23, 2010

URUSKAN BERAT BADAN ANDA

Mulakan hari anda dengan shake berkhasiat Herbalife Formula1 yang padat dengan nutrisi dan kebaikan semulajadi.Shake ini lazat dan cukup mudah disediakan.

Boleh dinikmati dalam 5 perisa mengikut citarasa kegemaran anda.


PROGRAM PERIBADI HERBALIFE

PROGRAM
SHAKE
HIDANGAN
 BERWARNA-WARNI
Mengurangkan berat badan
2 kali sehari
1 kali sehari
Pengekalan berat badan
1 kali sehari
2 kali sehari
Penambahan berat badan
3 kali sehari
3 kali sehari

HIDANGAN MENYIHATKAN

 FORMULA 1 NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER DRINK
  • Hidangan menyihatkan yang mengandungi 55 zat nutrisi dari buah-buahan,tumbuhan dan herba botanikal
  • Kenyang, segar & bertenaga seharian
  • Galak pertumbuhan sel-sel baru
  • Cegah/pulih penyakit gaya hidup

BLENDED SOY AND WHEY PROTEIN POWDER
Suplemen protein tanpa lemak untuk mengawal rasa lapar dan mengurus berat badan secara sihat.

TEA MIX LEMON & HIBISCUS/ PEACH
Minuman menyegarkan yang membantu anda
  • Kekal bertenaga
  • Membakar lemak
  • Detoks
  • Antioksidan


HERBAL ALOE CONCENTRATE
  • Melegakan perut
  • Meningkatkan kadar penyerapan nutrisi
  • Meningkatkan kesihatan usus